? ??????????????Light Shards? ????? ?? ???Rating: 4.8 (6 Ratings)??984 Grabs Today. 4294 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Music With My Eyes Shut? ????? ?? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??813 Grabs Today. 2518 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 7, 2010



kenapa seseorang itu ‘diserang’ selulit?
Selalunya, ia kerap terjadi pada perempuan yang sudah akil baligh. Sebabnya, peningkatan estrogen yang berlaku ekoran perubahan hormon boleh menyumbang kepada kewujudan dan bertambahnya masalah selulit.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan semula jadi pada tisu perantara wanita, dikenali sebagai septa yang memastikan lemak berada dalam kedudukannya.
Tisu-tisu dalam tubuh wanita sebenarnya tidak anjal. Jadi, apabila berlakunya pertambahan berat badan, sel lemak akan bertambah dan keadaan itu akan menyebabkan wujudnya bonjolan pada permukaan kulit sehingga kelihatan hodoh.
Jadi, bagaimana caranya untuk wanita menyingkirkan selulit ini? Apa yang perlu anda lakukan sebenarnya cukup mudah. Hanya mulakan dengan mengambil buah-buahan dan sayuran segar seperti buah beri, ceri, sitrus, kubis bunga, brokoli, tomato dan kacang pea.
Kesemua makanan ini mengandungi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan keanjalan septa yang secara tidak langsung berperanan dalam memastikan selulit berada di bawah permukaan kulit.
Selain itu, anda boleh mengambil beberapa jenis vitamin yang bagus dalam diet anda. Sebabnya, vitamin dan mineral dapat membantu sel-sel berfungsi secara normal.
Cara lain untuk mewujudkan septa yang lebih anjal adalah dengan mengelakkan pengambilan tembakau (rokok), kafein, bahan mengawet dan makanan pedas dalam diet harian anda.
Malah, bukti juga menunjukkan senaman yang dilakukan secara rutin dapat membantu membakar lemak dan menguatkan otot tubuh yang secara tidak langsung membantu mengurangkan kehadiran selulit.
Senaman yang dilakukan secara rutin ini berfungsi untuk membuang toksin yang menyebabkan selulit selain membawa nutrien ‘baru’ pada kulit.
Tekanan sebenarnya boleh mendorong wujudnya selulit. Apabila tertekan, tubuh akan mengeluarkan hormon adrenalin yang terus memasuki sel darah untuk bertindak balas pada otot seperti triceps, biceps dan quadriceps sebagai pelindungan. Maknanya, darah tidak sampai pada kulit dan mengurangkan peredaran serta tidak banyak toksin dibuang daripada tubuh.
Kadang-kadang dengan hanya menarik nafas panjang sudah dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Cuba teknik ini. Tarik nafas untuk sesaat. Kemudian tahan nafas itu selama empat saat sebelum hembuskan secara perlahan-lahan selama dua saat.
Atau anda boleh menggunakan berus besar yang mempunyai permukaan rata serta bulu yang keras untuk kulit anda. Berus seperti ini dapat membantu memerangi selulit kerana ia mampu merangsang peredaran darah langsung menyuburkan tisu-tisu dan berkesan membuang toksin dalam badan.
Mulakan menggosok dengan lembut di buku lali dengan gerakan bulatan dan terus ke paha dan jika perlu hingga ke pangkal paha.
Akhir sekali, jangan lupa minum air dengan jumlah yang mencukupi. Ia penting kerana dapat membantu membuang toksin daripada badan dan membantu mengekalkan keanjalan septa.
dipetik dari berita harian online
sapa yang rajin ja akn wat mask ni..hehehe..aku ni kdg2 malas sket...
wat mask elak kan jerawat..
  1. ambik limau kasturi 1biji(ambik sebelah ja)
  2. pisang 1biji(ambik separuh ja)
  3. susu segar(ambik dalam setengah cawan teh ja)
  4. tepung gandum(1cawan)
  5. telur ayam(ambik putih sahaja)
  6. okeh..blend pisang,susu segar ,sekali..lepas tue campur dengan tepung dan putih telor(jgn sampai dia jadi adunan pekat kalau jadi tambh susu segar)
  7. pastu perah limau kasturi tue dalam campuran tadi...kalau xda limau kasturi tue pon xpa..cukup dengan pisang ja..sebab pisang bagus untuk kulit berjerawat..sejukkan dulu adunan tadi..baru tempek kat muka..dan biar dia kering..(jgn lama lama dlm peti ais)

0 comments: